Thursday, October 03, 2013

Lirik Impian Terindah - Najwa Mahiaddin




Song : Impian Terindah
Singer : Najwa Mahiaddin


Terjaga dari mimpiku
Bayanganmu seakan di sisiku
Mungkinkah ku masih dalam khayalan
Bisakah jadi kenyataan

Tahukah kau ku di sini
Menyimpan sgala rasa di hati
Mungkinkah kau akan mengerti
Andai ku luahkan semuanya

Kau impian terindah
Ingin ku jadikan ia nyata
Dan kau ilhamkan cinta
Di dalam hatiku
Hanyalah dirimu

Tahukah kau ku di sini
Menyimpan sgala rasa di hati
Mungkinkah kau akan mengerti
Andai ku luahkan semuanya


[*] Kau impian terindah
Ingin ku jadikan ia nyata
Dan kau ilhamkan cinta
Di dalam hatiku
Hanyalah dirimu

Tlah ku katakan semua
Ku serahkan kepadaNya



Repeat [*] (2x)




x

Saturday, September 28, 2013

Ain't Got A Shame Lyrics By Najwa Mahiaddin

Song : Ain't Got a Shame
Singer: Najwa Mahiaddin


Saw him at the Caffe
On Valentin's day
Enjoying croissant and Caffe ole,
badu wadub badu baddeee

I think him mind to see me
But I pretended to be busy
And... I look the way
badu wadub badu baddeee

% He's got the new style
That every ladies looking for
And if first time his smile
oh...he lives a swanting more
But enough appreciate
I wish I know what to say
You makes me melt like so bad and a had some mistake
But he doesn't even know my name
Oh, Ain't got a shame

Speedo peeduu spedooo spedooo.....

Repeat %

Saw him again after a couple a days
Seem a like a same Caffe
Enjoying Croissant and Caffe Ole
Badu wadub badu badeee

But something happen most a been my day
I could his what he was looking my way
He said "Bojour, met moizella, I notice you were sitting zet alone and, I was wondering if you'd like to share a couple of caffe ole avec mua.
But I said ok
We had the beautiful day
And the rest has they said
he's history

http://www.youtube.com/watch?v=Wo6SRDXc0i4


p/s : sorry if banyak silap.. i did as best as i can...huhuhu

Saturday, September 07, 2013

Food Review 2013 - WonderMama Restarant & Caffe

Assalamualaikum....

Hai Alls, mesti uolss bosan kan dengan blog Kak Melah..Asyik2 posted pasal Food Review sajor...hehehe, alah, biasalah alls, Kak Melah dah xde modal lagi nak buat..ini jer lah Kak Melah mampu..ye dokk....hahaha.. Apa2 pon alls nak cakap apa, ade Kak Melah kesahh?..huh...hahhaa...ok peace..

Sekarang ini kan, Kak Melah suka sangat makan ketam. tapi kan ketam, tapikan ketam yang Kak Melah makan ni lain dari yang lain. Selalunya cengkerang ketam tu kita buang kan, tapi kali ini dengan2 cengkerang ketam Kak Melah bedal....hmmmmm, sedap dan rangup alls...hahaha.

Restoran yang Kak Melah maksudkan adalah Wondermama Restaurant & Caffe. Restoran ini terletak di Bangsar Village. Jika anda inginkan maklumat lebih lanjut, sila layari laman sesawang ini https://www.facebook.com/mywondermama ..amboooi dah macam iklan gomen pulak yer...

Tapi alls, concept restoran ini memang menarik perhatian Kak Melah sehingga teringat memori2 Kak Melah masa kat Kampung Rengit, Johor (Rumah Atok). Sebab ape alls, dekat atas atap restoran ini, terdapat beberapa nama2 menu makanannya and few quotes yang menarik untuk dibaca. Sama lah macam kat rumah Atok, sebab Pak cik Kak Melah (Ayah Tan) sangat kreatif dan inovatif orangnya...hehehe..dia menulis satu ayat yang menarik di atas atap jamban rumah atok..ambooi...bunyi nyer begini "Jangan asyik merenung di atas hingga lupa taik dibawah" haaaaa....tudiaaa...tengah erk erkk (buang air) tuh bacalah sambil ketawa sorang2..hahaha...

Apa2 pon, just try and enjoy the food ok =)

ini lah yang Kak Melah maksudkan tuh.tengah nak pikir makan apa tuh, boleh lah renung2 kat atas yer...tak gitu Kak Bedah...hahaha

Menu Favorite Kak Melah (lupa namanya)

Food Review 2013 - Caffe Inext

Assalamualaikum Alls,

Sekali lagi Kak Melah datang nak habaq mai kat semuo orang restoran yang Kak Melah sempat singgah..hahaha...aduhaii dah cakap utara pulakk... Ok,sekarang ini, untuk makluman semua, restoran ini baru dibuka awal tahun 2013 jugak. Restoran ini berdekatan dengan rumah Kak Melah. Mana taknya alls, hari2 Kak Melah lalu lalang and pandang2 tempat ni, akhirnya Kak Melah dapat jugak singgah and makan kat sini. First impression Kak Melah masa datang sini...wow, not bad..suasananya sangat exclusive and ada chef yang entertained Kak Melah masa tuh. Mana taknya, Kak Melah lah orang yang pertama sampai kat situ (masa bulan Ramadhan jugak). Ape2 je lah uolss.. btw, food kat sini pon not bad...mana taknya kakak kak Melah sekali lagi belanja berbuka puasa...hihihi...eh, cakap punya cakap, lupo nak bagitau nama restoran ini yer....Btw, namanya ialah Caffe Inext yang terletak di Mutiara Damansara...alamatnya, jap yer, Kak Melah google jap...uwawahh....eh ha..ni link caffe tuh.. https://www.facebook.com/caffeinext .. uolls bukak lah sendiri yer....

So far, ini lah gambar2 yang sempat kak Melah snapped untuk collection Kak Melah sebenarnya...huhuhu



 Pumpkin Soup (Memang terbaik)

Ini adalah appetizer yang Kak Melah pilih selain Mashroom Soup. Tapi rasa dia....hmmmm terbaik..

Main course (tak ingat apa nama hidangan ni)

Coffee Latte

Macam biasa lah, Kak Melah memang penggemar Kopi. Tak sah kalo tak order..hehehe...
Ok Alls, Selamat mencuba yer...tak rugi pon...ehhhhhhh =)

Food Review 2013 - Waroeng Iga

Assalamualaikum Alls,

Just nak share information pasal the best restaurant and food. So far, semenjak bulan puasa (Ramadhan) rezeki aku melimpah-limpah sebab dapat makan sedap2. Itu pun kakak aku yang banyak belanja. Kalau nak guna duit sendiri memang agak berkira jugak lah...hehehe. Tapi sesedap makanan yang kita makan kat luar pon memang tak setanding dengan masakan mak kita kan...siapa setuju?? hehehe... Setakat ini, ini adalah kali pertama aku merasa makan di restoran Indonesia ini, namanya Waroeng Iga..Mesti korang tertanya-tanyakan..Apa tuh Iga?? Aku difahamkan, Iga itu adalah ribs atau dalam Bahasa Melayu kita, tulang rusuk.. hehehe, siapa yang tak gemar tulang rusuk kan?? bahagian lembu yang paling digemari oleh pelusuk masyarakat...ceh wah.. Restoran ini beralamat di '36 / 38G, Ground Floor, Jln PJU 5/22, The Strand Encorp, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.'
Ok lah, sekarang ini, aku sajikan korang dengan gambar2 di Waroeng Iga ni...Selamat Mencuba!!!



 View dari luar Waroeng Iga

 View dari dalam


View dari dalam

 Iga masak hijo

Iga Penyet

Dessert Pisang Bakar Cokelat

P/S : Dessert and air Kopi dari Indonesia ni memang terrbaikk!!, rugi tak cuba...


Friday, September 06, 2013

Me and My Adorable Nephew

Assalamualaikum
Ini adalah anak buah ku yang pertama. Gambar ini diambil semasa dia baru berusia 7 bulan. Nama dia Muhammad Zhariff Naufal. Comel tak...macam mak cik dia??hehehe













Friday, November 04, 2011

Hari Raya Aidil Adha datang lagi........2011

Assalamualaikum semua,
Sekejap saja masa berputar, tup tup sudah sampai ke Hari Raya AidilAdha. Kepada semua umat Islam yang menjalankan ibadah haji, mudah-mudahan selamat semuanya. Hari ini, 05 November 2011, Buletin 130 (tv3) memaklumkan lebih 3juta umat Islam wukuf di padang Arafah. Apa itu wukuf?. Wukuf adalah salah satu rukun haji yang wajib dilaksanakan, jika tidak ibadah haji kan terbatal. Wukuf adala berhenti seketika di Padang Arafah dan pada masa itu, umat Islam boleh muhasabah diri tentang segala dosa-dosa yang dilakukan, dan berazam untuk membetulkan diri sendiri menjadi insan yang lebih baik. Mereka menjalankan ibadah wukuf sendirian iaitu hanya diri mereka dan Allah s.w.t . Apa yag cuba saya terangkan adalah, kita juga disini seharusnya bermuhasabah diri tentang perkara- perkara yang kita lakukan sebelum itu, supaya kita menjadi lebih baik, insya-Allah. Manusia memang senang melakukan dosa, dan kesiilapan. Oleh sebab itu, Allah tidak menzalimi hamba-Nya dan membuka pintu tobat untuk mereka. 

ok lah, saja jer nak menulis tentang aidiladha ini, saya mengharapkan hari raya aidil adha kali ini membawa lebih  makna dan dapat merapatkan hubugan silaturrahim kami antara keluarga dan sesama masyarakat. 

kepada mereka yang balik kampung, berhati-hati dijalan raya dan yang tidak balik kampung berhati-hati jugak dalam segala perkara. 


Saturday, October 29, 2011

oh.....Librarian!

Librarian atau bahasa Melayu adalah Pustakawan. Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah tanggapan masyarakat terhadap putakawan ini. Sesetengah mereka menganggap pustakawan ini membosankan, pendiam, tidak 'up-to date' dari segi penampilan, atau lebih senang dilabelkan sebagai seorg yang 'skema'. Jika kita pergi mana-mana perpustakaan sekalipun, kita dapati kebanyakkan pustakawan ini ramai daripada golongan 'pertengahan umur'. Saya sendiri menonton sebuah cerita Inggeris, pustakawan mereka adalah warga emas. Bagi saya itu tidak mengapalah. Semua peringkat umur boleh menjadi pustakawan as long as u have knowledge in Library Science field. Tetapi apa yang ingin saya persoalkan di sini, adakah semua pustakawan sentiasa ingin tampak skema dan kusam??Bukan saya mahu mempersendakan kerjaya sebagai pustakawan. Saya sendiri bakal menjadi seorang pustakawan suatu hari nanti, Insya-Allah. Bagi pendapat saya, kerjaya sebagai pustakawan juga sama penting dengan kerjaya-kerjaya yang lain. Cuma orang tidak nampak saja dan memandang rendah terhadap pustakawan. Bagaimana orang mahu memandang kerjaya pustakawan ini?jika kita sendiri tidak mengangkat martabat...ha gune ayat martabat tuh!.....sebagai seorang pustakawan yang berjaya dari segala aspeknya. Persoalannya disini, jika kita cakap sahaja mengenai pustakwan, mesti dalam pemikiran kita bahawa pustakwan ini adalah skema dan tidak fashionable. secara jujurnya, saya sentiasa mengikuti perkembangan fesyen semasa. Fesyen itu meluas skop nya, tiada sempadan. Seseorang itu berhak memilih fesyen apa yang diingininya, asalkan tidak melampaui batasan agama dan adat ketimuran kita. Fesyen-fesyen busana Islam juga terlalu banyak dan kita tidak ada masalah untuk memakainya. Apabila  kita bercakap pasal fesyen dan pustakawan, sehingga hari ini anggapan orang ramai terhadap pustakwan adalah skema. Nah, lihat saja dikebanyakkan perpustakaan di Malaysia, baju kurung sahaja. Pelajar-pelajar yang mengambil bidang Library science juga asyik mengenakan baju kurung. Bukannya, tidak elok baju kurung itu, cuma kadang-kadang kita berasa muak bila memakai atau melihatnya. Mereka semasa belajar lagi tidak didedahkan cara penampilan diri yang baik. Pustakawan juga banyak berhadapan dengan orang ramai, tidak mustahillah penampilan itu penting untuk mendapatkan keyakinan orang ramai terhadap pustakawan ini. Bagi saya, kita sebagai pustakawan atau bakal pustakawan, penampilan mesti dijaga agar tampak kemas, segak dan fashionable. Seperti apa yang saya katakan tadi, fesyen itu meluas, tetapi mestilah mengikut Hukum syara' dan adat melayu ketimuran kita. Saya berasa sungguh kecewa jika kita tidak menganggap fesyen itu penting. sesetengah masyarakat tidak mementingkan fesyen, biar tampak bersih dan kemas saja. Tetapi, mengikut masyarakat yang hidup dizaman moden ini, fesyen itu memainkan peranan penting dalam sesebuah kerjaya, tak salahkan jika kita pustakawan ini ingin berfesyen, hanya mencalitkan sedikit gincu dan pemerah pipi pon jadilah. Apabila kita selesa berfesyen dengan apa yg diinginkan, keyakinan diri untuk menjalankan tugas lebih terserlah. Saya ingin menyatakan disini, siapakah kita untuk menyekat manusia untuk berfesyen, tp mestilah kena tempat dan gayanya. Jika seseorang pustakawan itu memakai seperti seorang pelakon pun tidak kena gayanya. Biarlah sederhana berfesyen dan tidak lah terlalu kuno berfesyen. Bergantung terhadap individual itu untuk berfesyen. Kesimpulannya, Janganlah kita sempitkan pemikiran bahawa pustakawan itu selalunya skema dan sebagainya. serlahkan diri anda sebagai seorang pustakawan yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa dari segi fesyen mahupun teknologi yang canggih. Saya berharap sangat, jika saya menhadi seorang pustakawan nanti, tiada siapa pun yang boleh mempertikaikan pakaian seorang pustakawan nanti. Ingatlah, fesyen itu tiada batasannya asalkan kita patu pada perintah Allah s.w.t.


Oleh,
Bakal pustakawan a.k.a mangsa fesyen

Friday, July 29, 2011

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 
Alhamdulillah, Bulan Ramadhan datang lagi. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana aku masih bernafas dan sempat meraikan Bulan Ramadhan al-Mubarak. Diharapkan tahun ini, Bulan Ramadhan memberi aku peluang untuk menebus segala dosa- dosa aku yang lampau. Mudah- mudahan amal kebaikan yang akan dilakukan mendapat keberkatan dan keredhaan dari-Nya. Sempena kedatangan bulan yang suci ini, aku ingin memohon ampun dan maaf terhadap kedua orang tua ku yang tercinta, tidak lupa juga kepada adik beradik dan seluruh keluarga yang banyak membantu aku selama ini. Tanpa mereka, siapalah aku..Mohon maaf juga kepada sahabat handai, guru- guru, pensyarah- pensyarah dan kepada sesiapa saja yang mengenali diri ini. Diharapkan juga, bulan Ramdhan ini nanti memberi peluang kepada aku untuk beribadah dan mengabdikan diri kepada Allah tanpa ada sebarang gangguan, Insya Allah