Saturday, October 29, 2011

oh.....Librarian!

Librarian atau bahasa Melayu adalah Pustakawan. Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah tanggapan masyarakat terhadap putakawan ini. Sesetengah mereka menganggap pustakawan ini membosankan, pendiam, tidak 'up-to date' dari segi penampilan, atau lebih senang dilabelkan sebagai seorg yang 'skema'. Jika kita pergi mana-mana perpustakaan sekalipun, kita dapati kebanyakkan pustakawan ini ramai daripada golongan 'pertengahan umur'. Saya sendiri menonton sebuah cerita Inggeris, pustakawan mereka adalah warga emas. Bagi saya itu tidak mengapalah. Semua peringkat umur boleh menjadi pustakawan as long as u have knowledge in Library Science field. Tetapi apa yang ingin saya persoalkan di sini, adakah semua pustakawan sentiasa ingin tampak skema dan kusam??Bukan saya mahu mempersendakan kerjaya sebagai pustakawan. Saya sendiri bakal menjadi seorang pustakawan suatu hari nanti, Insya-Allah. Bagi pendapat saya, kerjaya sebagai pustakawan juga sama penting dengan kerjaya-kerjaya yang lain. Cuma orang tidak nampak saja dan memandang rendah terhadap pustakawan. Bagaimana orang mahu memandang kerjaya pustakawan ini?jika kita sendiri tidak mengangkat martabat...ha gune ayat martabat tuh!.....sebagai seorang pustakawan yang berjaya dari segala aspeknya. Persoalannya disini, jika kita cakap sahaja mengenai pustakwan, mesti dalam pemikiran kita bahawa pustakwan ini adalah skema dan tidak fashionable. secara jujurnya, saya sentiasa mengikuti perkembangan fesyen semasa. Fesyen itu meluas skop nya, tiada sempadan. Seseorang itu berhak memilih fesyen apa yang diingininya, asalkan tidak melampaui batasan agama dan adat ketimuran kita. Fesyen-fesyen busana Islam juga terlalu banyak dan kita tidak ada masalah untuk memakainya. Apabila  kita bercakap pasal fesyen dan pustakawan, sehingga hari ini anggapan orang ramai terhadap pustakwan adalah skema. Nah, lihat saja dikebanyakkan perpustakaan di Malaysia, baju kurung sahaja. Pelajar-pelajar yang mengambil bidang Library science juga asyik mengenakan baju kurung. Bukannya, tidak elok baju kurung itu, cuma kadang-kadang kita berasa muak bila memakai atau melihatnya. Mereka semasa belajar lagi tidak didedahkan cara penampilan diri yang baik. Pustakawan juga banyak berhadapan dengan orang ramai, tidak mustahillah penampilan itu penting untuk mendapatkan keyakinan orang ramai terhadap pustakawan ini. Bagi saya, kita sebagai pustakawan atau bakal pustakawan, penampilan mesti dijaga agar tampak kemas, segak dan fashionable. Seperti apa yang saya katakan tadi, fesyen itu meluas, tetapi mestilah mengikut Hukum syara' dan adat melayu ketimuran kita. Saya berasa sungguh kecewa jika kita tidak menganggap fesyen itu penting. sesetengah masyarakat tidak mementingkan fesyen, biar tampak bersih dan kemas saja. Tetapi, mengikut masyarakat yang hidup dizaman moden ini, fesyen itu memainkan peranan penting dalam sesebuah kerjaya, tak salahkan jika kita pustakawan ini ingin berfesyen, hanya mencalitkan sedikit gincu dan pemerah pipi pon jadilah. Apabila kita selesa berfesyen dengan apa yg diinginkan, keyakinan diri untuk menjalankan tugas lebih terserlah. Saya ingin menyatakan disini, siapakah kita untuk menyekat manusia untuk berfesyen, tp mestilah kena tempat dan gayanya. Jika seseorang pustakawan itu memakai seperti seorang pelakon pun tidak kena gayanya. Biarlah sederhana berfesyen dan tidak lah terlalu kuno berfesyen. Bergantung terhadap individual itu untuk berfesyen. Kesimpulannya, Janganlah kita sempitkan pemikiran bahawa pustakawan itu selalunya skema dan sebagainya. serlahkan diri anda sebagai seorang pustakawan yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa dari segi fesyen mahupun teknologi yang canggih. Saya berharap sangat, jika saya menhadi seorang pustakawan nanti, tiada siapa pun yang boleh mempertikaikan pakaian seorang pustakawan nanti. Ingatlah, fesyen itu tiada batasannya asalkan kita patu pada perintah Allah s.w.t.


Oleh,
Bakal pustakawan a.k.a mangsa fesyen