Friday, November 04, 2011

Hari Raya Aidil Adha datang lagi........2011

Assalamualaikum semua,
Sekejap saja masa berputar, tup tup sudah sampai ke Hari Raya AidilAdha. Kepada semua umat Islam yang menjalankan ibadah haji, mudah-mudahan selamat semuanya. Hari ini, 05 November 2011, Buletin 130 (tv3) memaklumkan lebih 3juta umat Islam wukuf di padang Arafah. Apa itu wukuf?. Wukuf adalah salah satu rukun haji yang wajib dilaksanakan, jika tidak ibadah haji kan terbatal. Wukuf adala berhenti seketika di Padang Arafah dan pada masa itu, umat Islam boleh muhasabah diri tentang segala dosa-dosa yang dilakukan, dan berazam untuk membetulkan diri sendiri menjadi insan yang lebih baik. Mereka menjalankan ibadah wukuf sendirian iaitu hanya diri mereka dan Allah s.w.t . Apa yag cuba saya terangkan adalah, kita juga disini seharusnya bermuhasabah diri tentang perkara- perkara yang kita lakukan sebelum itu, supaya kita menjadi lebih baik, insya-Allah. Manusia memang senang melakukan dosa, dan kesiilapan. Oleh sebab itu, Allah tidak menzalimi hamba-Nya dan membuka pintu tobat untuk mereka. 

ok lah, saja jer nak menulis tentang aidiladha ini, saya mengharapkan hari raya aidil adha kali ini membawa lebih  makna dan dapat merapatkan hubugan silaturrahim kami antara keluarga dan sesama masyarakat. 

kepada mereka yang balik kampung, berhati-hati dijalan raya dan yang tidak balik kampung berhati-hati jugak dalam segala perkara. 


No comments: