Sunday, July 18, 2010

Kenapa perlu buat 'tersentap' kepada kengkawan...?

Segala yang dikarang disini bukanlah untuk menyakitkan hati mereka yang bergelar 'kawan', 'sahabat' ataupun 'teman'...ini adalah sekadar luahan hati yang ingin dikongsikan untuk tatapan semua dan sekadar untuk ingat mengingati antara kita semua. bukan kamu semua yang pernah buat silap, malah aku juga banyak membuat silap dan membuat manusia yang bergelar 'kawan' itu terguris dan berkecil hati gara- gara kata- kataku yang agak keterlaluanl mahupun perbuatanku yang tidak terkawal...walauapapun, segala kesilapan itu dapat aku atasi dan leraikan demi kebaikan kedua belah pihak, alhamdulillah terasa lega bila dapat diselesaikan...tetapi apa yang aku cuba untuk sampaikan disini adalah, perlukah kita sebagai 'kawan' ataupun 'sahabat' untuk membuat antara satu sama lain berasa 'tersentap' dengan kata- kata yang diluahkan?..tak kiralah ianya diluahkan dalam bentuk percakapan, di saluran 'FACEBOOK' , 'SMS', ataupun di mana-mana jua...mungkin 'kawan' itu tadi tidak bermaksud menuju kepada kita, tetapi apabila kita membacanya seolah-olah ianya tuju kepada kita...memang lah kebanyakkan orang akan berkata..."kau, takyah la nak tersentap sgt dgn kata2 itu"...ya, kadang- kala kita tidak perlu ambil hati sangat dengan kata- kata itu walaupun ianya terkena batang hidung kita juga....tetapi bila perkara ini berlanjutan dan boleh mendatangkan ketidak persefahaman dan seterusnya akan mengundang perleraian ikatan persahabatan...itu yang aku tidak mahu berlaku....tetapi bagi mengelakkan perkara ini berlaku, aku rasa lebih baik kita semua berterus terang antara satu sama lain bagi mengelakkan ketidakpersefahaman...bagi aku, perbuatan ini tiada rasa hormat terhadap perasaan kawan- kawan dan tiada adab dalam berkawan...mereka ini sekadar ingin mendampingi kita semata- mata untuk kesenangan dan kemudahan mereka sahaja...mereka juga tidak ikhlas dan berpura- pura berlaku baik dan manis dihadapan kita, walhal di belakang kita.....Tuhan saja yang tahu....

p/s: semoga persahabatan kamu semua berkekalan...

No comments: