Friday, July 29, 2011

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 
Alhamdulillah, Bulan Ramadhan datang lagi. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana aku masih bernafas dan sempat meraikan Bulan Ramadhan al-Mubarak. Diharapkan tahun ini, Bulan Ramadhan memberi aku peluang untuk menebus segala dosa- dosa aku yang lampau. Mudah- mudahan amal kebaikan yang akan dilakukan mendapat keberkatan dan keredhaan dari-Nya. Sempena kedatangan bulan yang suci ini, aku ingin memohon ampun dan maaf terhadap kedua orang tua ku yang tercinta, tidak lupa juga kepada adik beradik dan seluruh keluarga yang banyak membantu aku selama ini. Tanpa mereka, siapalah aku..Mohon maaf juga kepada sahabat handai, guru- guru, pensyarah- pensyarah dan kepada sesiapa saja yang mengenali diri ini. Diharapkan juga, bulan Ramdhan ini nanti memberi peluang kepada aku untuk beribadah dan mengabdikan diri kepada Allah tanpa ada sebarang gangguan, Insya Allah

No comments: