Monday, July 04, 2011
بسم الله الرحمن الرحيم.
With the name of
Allah, Most Gracious
and Most Merciful
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarokatuh Alhamdulillahi Robbil 'Alamin, Wassholatu wassalamuala asyrofil anbiya iwal mursalin , Wa'ala alihi washohbihi ajma'in. Robbisrohli shodri , Wayassirli amri , Wahlul uqdatan millisaani, Yafqohu qouli . "Wahai Tuhanku, lapangkanlah Dadaku , Mudahkanlah Untukku Urusanku, dan Lepaskanlah Kekakuan Lidahku. Supaya Mereka Mengerti Perkataanku".
Alhamdulillah, masa semakin pantas bergerak, hari sentiasa besilih ganti, akhirnya sudah masanya aku menghabiskan tugasan Latihan Industri (LI) di salah sebuah syarikat media swasta New Straits Time Press (NSTP). Tinggal hanya seminggu sahaja lagi, banyak ilmu dan pengalaman yang aku peroleh dari sini. Terima kasih kepada kakak- kakak dan abang- abang disini yang tidak jemu- jemu mengajar dan menjawab segala perntanyaan kami.
sepanjang LI kami disini, banyak perkara yang kami ketahui, pelajari dan mendalami supaya dapat dipraktikan semasa bekerja suatu hari nanti.
Yang bestnya, menurut Assistant Manager iaitu En. Ramlan Ramli, sewaktu kami 'lepak' bersama, katanya jawatan kosng untuk Executive Library ada dua kekosongan. Mereka memerlukan dua orang untuk memenuhi jawatan kosong itu. Kami berasa gembira sangat tapi persoalannya, adakah rezki tersebut kepunyaan kami???Wallahu'alam...mudah- mudahan Allah memberikan rezki pekerjaan yang baik kepada kami.
Tetapi malangnya, kami belum menghabiskan pengajian di Universiti. Ada lagi 1 semester untuk menghabiskannya. Kalau ada reki dapat berkhidmat disini lagi, Alhamdulillah. Jika rezki kami di tempat lain pon Alhmdulillah...kerna Allah memberi yang terbaik untuk hamba-Nya. Dialah sebaik- baik perancangan dan Dialah yang Maha Mengetahui.
Sepanjang perkhidmatan aku disini, banyak yang aku ketahui, salah satu nya sangat berharga dan pentingnya surat khabar lama. Jika aku tidak bekerja disini, baragkali aku pon menyangka suratkhabar lama sesuai untuk dikitar semula sahaja...hehhe
Untuk pengetahuan kita semua, setiap hari, maklumat di surat khabar yang di simpan di NSTP Resource Centre ini sangat diperlukan dan diterima baik oleh masyarakat, penyelidik, pelajar dan sebagainya. Penjualan maklumat suratkhabar sahaja boleh mencecah puluhan ribu ringgit setiap hari. Belom termasok gambar dan material yang lain.
semakin lama surat khabar itu dicetak, semakin tinggi nilai harga tersebut. Sebagai salah satu penyumbang tenaga didalam industri ini (ceh wah padahal 2 bulan jer), aku mengetahui betapa pentingnya peranan kami untuk memelihara dan menyebarkan maklumat sambil buat duit kepada masyarakat. Walaupun ada segelintir manusia yang mengatakan kerja ini bosan dan sebagainya, tetapi jika kita mempunyai minat tiada istilah bosan dalam kamus hidup kita. (p/s: orang yang mengatakan kerja ini bosan, anda akan memerlukannya suatu hari nanti) jika tiada perkhidmatan ini, mungkin kerja anda akan tergendala...
Well, apa- apa pekerjaan yang kita buat pun, buatlah dengan ikhlas pasti kita beroleh kebaikkannya kelak...insya Allah=)
No comments:
Post a Comment
Newer Post
Older Post
Home
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment