Friday, February 27, 2009

padah mulut, hati binasa...

Assalamualaikum w.b.t

Pepatah melayu mengatakan.."terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa". kalau dahulu, bila orang kita nak bercakap dengan teman-teman mereka, perkataan yang digunakan itu sangat la tertib kerana ingin menjaga hati teman-teman tersebut. takut2 mereka akan terasa dan berkecil hati pula..begitu juga apabila ingin mencari teman (kawan2), bertanyakan jalan atau sebagainya..cara penggunaan bahasa orang2 dahulu sangat la indah serta berkias, sedap bila didengar. Selalunya, kita dapat dengar dan lihat dari filem2 melayu, seperti 'nujum pak belalang', 'pendekar bujang lapok' dan sebagainya. 

Tetapi, apabila masuk era kemodenan ini, banyak bahasa dimodenkan dan pengunaannya meluas. apa yang nak saya cuba sampaikan disini adalah, tatatertib dan budi bicara kebanyakkan orang2 sekarang ini (kebanyakkan anak2 muda) semakin melampau (kurang sopan) dan menyedihkan..Jika dahulu, apabila ibu bapa menegur, anak2 akan diam dan bertutur secara baik..(mungkin nak mengelakkan diri daripada rotan)..tetapi, sekarag ini, anak2 tidak boleh lagi ditegur kerna kesalahannya bahkan akan 'melenting' pula terhadap ibu bapa mereka..tambahan pula, ada yang sampai nak memukul dan sebagainya. (tidak cium syurga, anak2 seperti ini). 
Selain itu juga, apa yang dapat saya lihat dan dengar, kebanyakkan kawan2 saya (di IPTA dan diluar) cara percakapan mereka antara satu sama lain semakin lama semakin menjadi2 (melampau)..oleh sebab ini, ada yang sesetengah mereka berasa kecil hati, ada yang sampai bergaduh dan tidak bertegur sapa..hal ini, menyababkan ikatan persahabatan boleh terputus gara2 sikap atau adab kita dalam berkata2...apabila kita berkata yang tidak baik terhadap kawan2 kita, mungkin akan menyebabkan pergaduhan atau sebagainya spt pepatah melayu yang saya nyatakan awal tadi..Bahkan, kebanyakkan mereka berbidas (melawan2)semula untuk menyakitkan hati mereka..

Oleh itu, hendaklah kita menjaga adab dalam pertuturan ketika ingin berbicara bersama ibu bapa, ahli keluarga yang lain,kawan-kawan, guru-guru, pensyarah-pensyarah atau sesapa sahaja manusia di mula bumi ini..agar hidup kita lebih diberkati dan disayangi oleh semua orang=) 

No comments: