Monday, February 16, 2009

RINDU SUASANA KAMPUNG RENGIT...













suasana rumah atok mama yang tenang, membangkitkan kerinduan di hati ini..(ceh,ayat jiwang)bila, tiba hari raya, ramai saudara-mara berkumpul di kampung rengit, batu pahat ni..dari aku kecil lagi, keunikkan susun atur perabot dan hiasan dalaman sangat mengagumkan..jika dahulu, aku dpt lihat pokok di tanam dengan pasu nyer melekat di atas syiling, seterusnya perubahan2 yang lain sehingga sekarang dengan hiasan pokok buluh ala2 hutan rimba..yang membangkitkan suasana tenang...sudah lama aku tidak balik kampung rengit tersebut, semenjak atok mamaku tinggal bersama anak2 nya yang lain...sehingga abang ipar ku tidak berpeluang menyelami suasana indah permai di rumah atok mama....rugi dy=/aku rindukan suasana ini, gelak tawa bersama saudara mara...dimana, subuh2 lagi gelak ketawa sudah kedengaran sedang aku lena diulik mimpi nan indah..ceh..bleh wat novel ni...ibu2 sibok menyediakan sarapan di dapur sambil didendangkan lagu klasik yg di putarkan oleh ayah tan...dan para bapa pula sibok di ruang hadapan sambil berdiskusi tentang berita2 terbaru dari surat khabar...tetapi kebanyakkan anak2 masih bermimpi....hehehe..(selalu nyer anak mak ha)...rumah ini yang hanya mempunyai 2 bilik shaja kerana konsep tidur di sini adalah tidur secara berjemaah...selain dapat mengeratkan silaturrahim...aku juge xdpt tido..sbb dyorg nk tido pon masih berbual dan terrruuss ketawa lagi=p biase la..kteorg kalo da berjumpa antara satu sma len, x henti2 la nk ckp...ni la serba sedikit kampng halaman ku...jika dulu, nk ke pekan, cucu2 akan ikut arwah atok abah ke pekan rengit dengan menaiki kereta 'wak segan' nyer...(best gler!!)skrg a besar, pegi sendiri la... [Photo] [Photo][Photo][Photo]

No comments: